CIDB BAKAL PERKENAL FASILITI PENGUJIAN INFRASTRUKTUR REL DI MALAYSIA
|
KENYATAAN MEDIA- Untuk siaran segera
|
|
|
|
Makmal Kerja Raya dilengkapi 200 peralatan pengujian komponen kejuruteraan struktur dan bahan binaan
KUALA LUMPUR (21 MAC 2023) – Makmal Kerja Raya Malaysia (MKRM) yang yang diuruskan oleh Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) sebuah institut di bawah CIDB Malaysia akan memperkenalkan makmal pengujian penuh bagi produk Railway Sleepers dan Railway Bearers mengikut standard piawaian antarabangsa. Fasiliti yang dijangka akan siap pada penghujung 2023 menjadikan MKRM sebagai salah satu makmal tempatan yang lengkap dan berkemampuan menjalankan pengujian produk infrastruktur rel selain dari produk industri pembinaan yang lain dan seterusnya mengurangkan kebergantungan perkhidmatan pengujian komponen rel di luar negara.
|