Berita & Pengumuman

International Construction Week (ICW) & BuildXpo 2024

 
ICW 2024 merupakan program kali ke-24 yang dianjurkan oleh CIDB sejak penganjurannya bermula pada tahun 1999 dan manakala BuildXpo merupakan penganjuran kali kedua bermula pada tahun 2023. 
 
Penganjuran ICW & BuildXpo 2024 adalah untuk mengumpulkan pakar-pakar sektor pembinaan dari dalam dan luar negara bagi berkongsi maklumat, ilmu pengetahuan dan hasil penyelidikan berkaitan industri pembinaan. Pada tahun ini dianggarkan 10,000 pengunjung yang akan menyertai ICW & BuildXpo dengan bertemakan ‘Envisioning the Future of Construction’. Antara program yang terdapat didalam ICW 2024 adalah seperti Persidangan, Seminar, Pameran dan Padanan perniagaan.
 
Jika berminat untuk menyertai program didalam ICW 2024 sila tinggalkan butiran anda di pautan ini: https://bitly.cx/splN
 
Jika anda berminat menyertai sebagai pempamer BuildXpo 2024, sila klik pautan di bawah: https://shorturl.at/FIVY0